Sunday, November 6, 2011

PENYEGERAKAN

Penyegerakan (synchronizing) janakuasa ialah penambahan janakuasa yang akan
membekalkan tenaga elektrik pada satu palang bas yang sama semasa janakuasa sedia ada
sedang beroperasi. Penyegerakan ini dilakukan kerana untuk menampung keupayaan yang
terjana daripada janakuasa yang beroperasi. Apabila pengguna ingin menambah beban atau
beban yang digunakan tidak mampu ditampung oleh jankuasa sedia ada, penyegerakan
perlu dilakukan untuk menstabilkan penggunaan kuasa. Untuk melakukan penyegerakan ini
perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Syarat-syarat penyegerakan.

1. Voltan diantara jankuasa yang digunakan mesti sama.


Untuk menentukan persamaan voltan ini, hanya perlu melihat pada meter voltan yang
disediakan pada papan AMF yang digunakan. Jika voltannya tidak sama, pengguna perlu
melarasakan kelajuan motor untuk mendapatkan nilai voltan yang sama.

2. Frekuensi juga mesti sama.

Begitu juga dengan Frekuensi, hanya perlu melihat kepada meter frekuensi yang disediakan
pada papan AMF. Juga perlu melaraskan kelajuan motor untuk mendapatkan bacaan yang
sama.

3. Turutan Fasa mesti sama.

Selain itu, turutan fasa juga perlu sama untuk menjalankan segerakan ini. Jika tidak sama
akan mendatangkan kemudaratan kepada penjana. Turutan fasa ini biasanya telan
dilakukan semasa pengujian dijalankan.

4. Sudut fasa antara dua penjana mesti sama.

Begitu juga denga sudut fasa, perlu sama untuk memastikan penyegerakan
dilakukan dengan berkesan.

Kaedah yang digunakan untuk memastikan sudut fasa adalah sama dengan cara :

1. Menggunakan Dark Lamp.

Menggunakan Dark Lamp adalah cara yang paling berkesan kerana perubahan pada lampu
yang ditunjukkan iaitu daripada terang kepada malap atau padam akan menunjukkan
perdezaan pada sudut fasa. Apabila lampu penunjuk begitu terang menunjukkan
terdapatnya perbezaan pada fasa antara dua pejana. Segerakan akan dilakukan apabila Dark
Lamp padam, ini kerana pada ketika ini, sudut fasa diantara kedua-dua janakuasa berada
pada sudut yang sama.

2. Menggunakan Synchronoscope.

Sama seperti Dark Lamp, Synchronoscope digunakan untuk memastikan sudut fasa adalah
dalam keadaan sama semasa penyegerakan dilakukan. Jarum pada synchronoscope akan
menunjukkan pada pukul 12 barulah penyegerakan boleh dilakukan.

Synchronoscope analog
Penyegerakkan akan hanya dilakukan apabila jarum synchronizing menunjukkan pukul 12.

3. Menggunakana Syinchronos Lamp/ Lamp In Sequence.

Kaedah ini juga sama seperti penggunaan Dark lamp. Dimana apabila pasangan lampu
menegak padam, proses penyegerakan boleh dilakukan dengan segera.



LANGKAH-LANGKAH PENYEGERAKAN JANAKUASA.

Sebelum penyegerarakan dilakukan.

Sebelum penyegerakan dilakukan perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian terlebih
dahulu untuk memastikan penyegerakan yang dilakukan dalam keadaan yang baik.

1. Perlu memastitan air bateri berada diparas yang dikehendaki jika menggunaka penghidup .

2. Pastikan minyak hitam mencukupi.

3. Periksa sistem penyejukan yang digunakan dalam keadaan baik.

4. Tali sawat yang digunakan berada dalam keadaan baik.

5. Perlu memastikan peranti pelindung dalam keadaan ”RESET” dan pemutus litar dalam keadaan ”OFF”.

6. Jika semuanya berada dalam keadaan baik, hidupkan enjin dan panaskan selama 10-20 minit.

Semasa Penyegerakan dilakukan.

1. Suis Neutral Janakuasa (G1) di ’ON’kan.

2. ‘Push Button’ penggerak utama G1 ditekan untuk menghidupkan penggerak tersebut.

3. Kelajuan penggerak utama G1 dilaraskan untuk mendapatkan nilai Voltan Frekuensi yang
dikehendaki. Dimana dalam pengoperasian janakuasa ini Voltan yang diperlukan ialah 415V
±5%, Frekuensi 50Hz ±1% dan kelajuan dilaraskan pada 1500rpm.

4. Setelah semua nilai yang dikehendaki telah diperolehi, pemutus litar G1 di
’ON’kan. Pada ketika ini tenaga elektrik yang hasilkan terus ke palang bas. (Bus Bar).

5. Setelah itu, MCB untuk beban di ’ON’kan satu-persatu. Penyegerakan akan hanya
dilakukan jika beban yang digunakan tidak mampu ditampung oleh janakuasa G1.

6. Untuk melakukan penyegerakan, janakuasa G2 akan di ’ON’kan mengikut
langkah 1 hingg 3.

7. Sebelum meng’ON’kan pemutus litar G2, perlu dipasti voltan, Frekuensi dan sudut fasa
diantara kedua-dua janakuasa berada dalam keadan yang sama dimana tiada perbezaan
upaya diantara kedua-duanya. Untuk memastikan voltan dan frekuensi dalam keadaan yang
sama, hanya perlu melihat pada meter Voltan dan meter Frekuensi yang disediakan.

8. memastikan sudut fasa adalah sama dengan cara menggunakan Synchronoscope atau Dark
Lamp atau Syinchronos Lamp/Lamp In Sequence.
9. Perlu melaraskan perapi voltan dan perapi frekuensi jika berlaku kejatuhan voltan
juga frekuensi.
10. Setelah semuanya berada dalam keadaan yang betul, dengan bantuan Dark Lamp(padam)
pemutus litar G2 di’ON’kan dan suis neutral akan di’OFF’kan dalam masa yang sama

11. Pada ketika ini, kedua-dua janakuasa telah membekalkan tenaga elektrik pada satu palang
bas yang sama. Beban di’ON’kan satu-persatu sehingga maksima. Penyegerakan boleh
dilakukan jika beban yang ditanggung berlebihan.

Setelah penyegerakan dilakakukan.

Untuk memberhentikan penyegerakan yang dilakukan, langkah-langkah berikut perlu di
ikuti untuk mengelakkan daripada janakuasa dan beban yang digunakan rosak.

1. ’OFF’kan semua beban-beban yang digunakan satu-persatu dan tukar keadaan
suis neutral secepat mungkin.
2. ’OFF’kan pemutus litar G2.

3. kemudian ’OFF’kan penggerak utama G2.

4. Langkah yang sama digunkan untuk memberhentikan janakuasa G1.

5. ’OFF’kan suis neutral dan pastikan semua peranti perlindungan dalam keadaan
’OFF’ dan ’RESET’.

No comments:

Post a Comment