Thursday, September 24, 2009

SALAM LEBARAN...

Hari ini,Khamis 24 September 2009 bersamaan 5 Syawal 1430 barulah aku berkesempatan untuk menjengah ke blog aku...huhu...setelah agak lama menyepi...sunyi...tiada bahan untuk aku kongsi...mungkin juga fokus aku lebih terpesong dek suasana bulan puasa dan mood nak sambut hari raya...almaklumlah tahun ni giliran aku menghabiskan cuti bergumbira bersama keluarga di hari raya.
Hari tu,Khamis 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan 1430...aku dan keluarga bergegas pulang menjenguk ibu dan bapa di Jengka.Perjalanan yang pada mulanya aku ramalkan akan sesak rupanya selesa...Alhamdulillah.Aku dan keluarga sengaja memilih waktu tengah malam untuk bertolak agar tiba ketika ibu dan bapa bersedia untuk juadah sahur sekadar apa yang ada...
Tiga hari aku di desa,sehari sebelum raya setelah bermaaf-maafan dengan kedua ibubapa tercinta,aku bergegas pula ke selatan tanahair...malam raya setelah berbuka puasa bersama-sama sanak saudara di Johor,aku dan keluarga menyeberang Tambak Johor untuk ke Singapura...Tertunai sudah janjiku untuk isteri dan ibubapa mertua tercinta untuk menjengah dan beraya bersama sanak saudara di kota Singa.

No comments:

Post a Comment