Sunday, November 6, 2011

Panduan Buku Log

Buku Log adalah buku catatan untuk ‘merakam’ kerja – kerja yang telah kita lakukan. Untuk memduduki ujian kompentensi PW1, PW4, AO, A4, BO, B4, kita perlu menyediakan buku log kerana ini merupakan salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga (ST). Kolum F ( PENGAKUAN – iv ) Borang Permohonan Peperiksaan Kekompetenan elektrik ada menyebutkan perkara ini.
Buku Log bukan sahaja untuk rujukan kita pada masa – masa akan datang tetapi juga untuk menunjukkan sejauh mana pengalaman dan pemahaman kita tentag kerja – kerja yang telah kita buat. Maka, setiap Buku Log perlu ditulis dengan kemas.
Sebagai contoh, saya akan ulas di sini penyediaan Buku Log untuk Penjaga Jentera Elektrik. Jika anda adalah pelatih / penuntut di mana – mana pusat latihan kemahiran seperti IKM atau ILP, anda memang telah disediakan Buku Log. Bagi calon persendirian, mungkin artikel ini boleh membantu.
Pada beberapa muka surat pertama, tuliskan biodata seperti Nama, No.KP, Pengalaman kerja dan kategori ujian. Contoh : Kategori ujian :- AO.
Masukkan latar belakang pendidikan. Untuk Penjaga Jentera Elektrik, anda sekurang – kurangnya tamat tingkatan 5.
Anda juga perlu menulis tentang kemahiran – kemahiran dalam ketukangan elektrik seperti pendawaian, penyelanggaraan motor elektrik, pengujian dan lain – lain.
Untuk menambah keyakinan para panel, mungkin ada baiknya jika anda tuliskan pengalaman – pengalaman kerja yang lalu
Contoh : Julai 2004 – Dis 2004
Syarikat : Kilang Padi.
Tugas / kerja : ( nyatakan tugas seperti menjaga kelengkapan elektrik dsb)

Alasan mengapa anda perlu nyatakan tugas / kerja kerana, tidak semua tempat kerja memberikan pengalaman untuk anda. Jika anda berkerja sebagai Pendawai Elektrik mungkin anda tidak melakukan kerja – kerja penyelanggaraan MSB. Tetapi pengalaman kerja penyelanggaraan MSB anda boleh dapat di tempat lain jika anda di bawah seliaan seorang Penjaga Jentera Elektrik Kompeten.

Masukkan juga butir – butir Syarikat / tempat kerja seperti nama syarikat, alamat, No. Pepasangan didaftarkan dengan ST ( jika ada ), Kakitangan berkompeten, gambar, peta lokasi dsb.
Setelah anda selesai dengan perkara di atas, tuliskan projek / kerja pertama. Berdasarkan pengalaman, saya cuma menggunakan buku hard cover unutk membuat Buku Log.

Tarikh : 1/9/07
Tajuk Projek / kerja : Menukar Motor Pump.
Tempat kerja : Loji Penghawa Dingin.
Cara Kerja :
1. Asingkan Litar dengan mematikan suis utama litar yang terlibat.
2. Buka sambungan / tamatan motor yang rosak.
3. Asingkan motor dari pump.
4. Periksa keadaan motor gantian sebelum dipasangkan.
5. Uji arah pusingan dengan bekalan sebenar ( 3 fasa / 420 V / 50 Hz ). Pusingan Kipas motor mestilah mengikut arah jam.
6. Pasang motor gantian mengikut tanda dan warna kabel.
7. Hidupkan suis utama dan hidupkan sistem Penyejuk Udara Hotel.
Langkah – langkah keselamatan :
1. Penandaan pada kabel dan / atau motor sebaik- baiknya dilakukan untuk mengelekkan kekeliruan.
2. Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang berdaya tebatan yang tinggi.
3. Pastikan penyambung / pendua ( Coupling ) separas di antara motor dan dan pump.
4. Bolt dan nut diikat dengan kuat.
5. Lakukan pengujian arah putaran motor.
6. Periksa keadaan fius- fius, mcb, mccb yang terlibat sebelum dihidupkan.
Peralatan / Bahan :
1. Test pen.
2. Multi Meter.
3. Spaner mengikut kesesuaian.
4. Pemutar skru (+/-)
5. Puller.
6. Motor gantian.
7. Fius 36 A.
Analisis :
1. Setelah bekalan mengalami ganguan di Loji Penghawa Dingin, Chiller gagal beroperasi.
2. Perpandukan Papan Alamat, kerja – kerja bermula dengan pemeriksaan dan di ketuai oleh Ketua Jurutera. Didapati Chilled Water Pump telah rosak berkemungkinan daripada bearing yang haus / longar.

Berpandukan contoh di atas, kita dapat menulis pengalaman dengan ringkas tapi padat.
Anda seharusnya menyediakan sekurang – kurangnya 10 projek untuk dimasukkan dalam Buku Log.
antara skop Penjaga Jentera Elektrik AO adalah :
1. Penyelanggaraan MSB.
2. Penyelanggaraan ACB.
3. Pengujian.
4. Pembuman.
5. Motor elektrik.
6. Faktor kuasa.
7. Bekalan 3 fasa.
8. Pendawaian.
9. Pendawaian Bawah.
10. Bekalan ac / dc.

Contoh Buku Log dan Cop pengesahan dari juratera kompeten dan penerimaan dari Suruhanjaya Tenaga.

22 comments:

  1. bro..ade x contoh2 bergambar?plsss

    ReplyDelete
  2. bermanfaat. terima kasih boss.

    ReplyDelete
  3. Sangat berguna boss, terima kasih . Klau untuk A1 ada x boss ?

    ReplyDelete
  4. Terima kasih, Saya selaku pemilik asal artikel ini sanggat berbangga. walaupun juruelektrik.com tidak lagi wujud, Tapi ilmunya masih wujud.. Gambar tu semasa saya kerja di sebuah hotel di tawau.

    ReplyDelete
  5. bro...log book sblm submit msti kena ade chop ke mcm mane....saya baru nk buat log book utk amik A0 je ni....thnx atas tunjuk ajar....

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bermanafaat. Thanks

    ReplyDelete
  7. Bro bleh bg contoh untuk kerja voltan tinggi x?

    ReplyDelete
  8. Perkongsian lain boleh termasuk HV, boleh baca di http://chargemanblog.blogspot.my

    ReplyDelete
  9. Mantap bro....terima kasih share.

    ReplyDelete
  10. Sangat2 membantu . Terima kasih tuan .

    ReplyDelete
  11. Terima kasih senior! Saya berharap boleh bekerja dengan senior.

    ReplyDelete
  12. Assalamulaikum, saya azaai. saya ada baca blog saudara. Boleh saya tahu bagaimana ingin memohon pw1/pw2 kompetan? saya lepasan diploma elektrik uitm. Saya ada pengalaman dalam wiring fasa 1 dan 3 tetapi tiada log book sebab tak suka menulis asal dapat gaji sudah. ada apa2 cadangan? saya dahulukan dengan terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Kemas dan mantap bro...
    Untuk A4, apa yg perlu dimasukkan?
    Member ckp masukkan prime mover services, alternator, exciter, a/m starter engine dll...
    Mengikut pengalaman apa yang penting di sertakan dlm log book itu?

    ReplyDelete
  14. T.kasih kerana info yang sangat berguna

    ReplyDelete
  15. Kalau gambar semua dah tak ada mcm mana ye? Kena attach sekali dengan gambar ke?

    ReplyDelete
  16. Boss bole bg lg info info untuk ao

    ReplyDelete
  17. Boleh saya tahu Jika sy membuat kerja2 preventive maintenance passanger hois Dan baik pulih makenikal Dan elektrikal passanger hois, banyak kerja2 yg melibatkan troubleshooting pada panel elektrik Dan 3phase motor, boleh ke sy mohon AO, Dan macam mana sy nk dapatkan cop utk buku log 2? Engineer atau manager yang menjage sy bukan kompetan dalam elektrik... Masalah sy, sy tahu buat tp siapa yg boleh mengesahkan kerja saya? .. Mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh adjust cari kawan or sesiapa yg berkaitan yg penting mereka adalah orang kompeten. Minta sign dan cop daripada mereka.

      Delete
  18. Terima kasih dgn info ini Tuan. Sangat membantu kepada yang baru sahaja berjinak dlm bidang elektrikal, seperti saya.

    ReplyDelete