S: Apakah kadar kapasiti pepasangan yang perlu didaftarkan dengan Suruhanjaya Tenaga dan adakah sebarang fi dikenakan?
J: Semua pepasangan [xx] perlu didaftar dan fi adalah mengikut keupayaan pepasangan tersebut. Mengikut kehendak Peraturan 4, fi yang perlu dibayar bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran Pepasangan seperti berikut:-
* ertinya tahap maksimum kuasa elektrik sesuatu pepasangan boleh diguna, dikerja atau dikendalikan dalam sesuatu tempoh tanpa mengakibatkan kerosakan pada mana-mana bahagian pepasangan itu. Walau bagaimanapun, untuk sistem penghantaran atau sistem pengagihan, keupayaan pepasangan itu adalah pada tahap kuasa elektrik yang maksimum, yang sistem itu dijangka atau dikehendaki untuk membekal dalam sesuatu tempoh, mengikut mana satu yang lebih tinggi.
[xx] (i) janakuasa tunggu sedia yang dipasang bagi maksud membekal tenaga sekiranya bekalan daripada
pemegang lesen terputus bekalannya;
(ii) yang menerima tenaga daripada pemegang lesen pada voltan 11,000 volt atau lebih.
S: Adakah Suruhanjaya Tenaga akan membuat pemeriksaan ke atas pepasangan sebelum ia lulus untuk didaftarkan?
J: Suruhanjaya Tenaga boleh melakukan pemeriksaan dan ujian pepasangan setelah menerima Borang A yang dihantar bersama-sama borang permohonan oleh pemohon.
Untuk itu, notis pemeriksaan permulaan (Borang D) dan susulan (Borang E) akan diberikan secara bertulis kepada pemunya atau pengurusan pepasangan terlebih dahulu sebelum hari pemeriksaan dibuat. Pemunya atau pengurusan pepasangan setelah menerima notis berkenaan hendaklah membuat persediaan bagi pemeriksaan dibuat dan hadir pada masa pemeriksaan dan ujian itu.
Suatu fi bagi pemeriksaan dan ujian pepasangan dikenakan pada kadar yang ditetapkan dalam Peraturan 6 seperti di bawah:-