kami mohon doaa...Malaysia berjayaaaa....
Monday, August 31, 2009
Selamat Hari Kemerdekaan Ke-52 Malaysia...
Friday, August 28, 2009
Unit of Electrical Measurement
Electrical units of measurement are based on the International (metric) System, also known as the SI System. Units of electrical measurement include the following:
- Ampere
- Volt
- Ohm
- Siemens
- Watt
- Henry
- Farad
Voltage
Voltage, electromotive force (emf), or potential difference, is described as the pressure or force that causes electrons to move in a conductor. In electrical formulas and equations, you will see voltage symbolized with a capital E, while on laboratory equipment or schematic diagrams, the voltage is often represented with a capital V.
Current
Electron current, or amperage, is described as the movement of free electrons through a conductor. In electrical formulas, current is symbolized with a capital I, while in the laboratory or on schematic diagrams, it is common to use a capital A to indicate amps or amperage (amps).
Resistance
Now that we have discussed the concepts of voltage and current, we are ready to discuss a third key concept called resistance. Resistance is defined as the opposition to current flow. The amount of opposition to current flow produced by a material depends upon the amount of available free electrons it contains and the types of obstacles the electrons encounter as they attempt to move through the material. Resistance is measured in ohms and is represented by the symbol (R) in equations. One ohm is defined as that amount of resistance that will limit the
current in a conductor to one ampere when the potential difference (voltage) applied to the conductor is one volt. The shorthand notation for ohm is the Greek letter capital omega (W). If a voltage is applied to a conductor, current flows. The amount of current flow depends upon the resistance of the conductor. The lower the resistance, the higher the current flow for a given
amount of voltage. The higher the resistance, the lower the current flow.
In 1827, George Simon Ohm discovered that there was a definite relationship between voltage, current, and resistance in an electrical circuit. Ohm’s Law defines this relationship and can be
stated in three ways.
- Applied voltage equals circuit current times the circuit resistance. Equation is a mathematical representation of this concept in here
- Current is equal to the applied voltage divided by the circuit resistance. Equation is a mathematical representation of this concept in here
- Resistance of a circuit is equal to the applied voltage divided by the circuit current. Equation is a mathematical representation of this concept in here
The word "reciprocal" is sometimes used to mean "the opposite of." The opposite, or reciprocal, of resistance is called conductance. As described above, resistance is the opposition to current flow. Since resistance and conductance are opposites, conductance can be defined as the ability to conduct current. For example, if a wire has a high conductance, it will have low resistance, and vice-versa. Conductance is found by taking the reciprocal of the resistance. The unit used to specify conductance is called "mho," which is ohm spelled backwards. The symbol for "mho" is the Greek letter omega inverted. The symbol for conductance when used in a formula is G. Equation (here) is the mathematical representation of conductance obtained by relating the definition of conductance (1/R) to Ohm’s Law, Equation (1-4).
Power
Electricity is generally used to do some sort of work, such as turning a motor or generating heat. Specifically, power is the rate at which work is done, or the rate at which heat is generated. The unit commonly used to specify electric power is the watt. In equations, you will find power abbreviated with the capital letter P, and watts, the units of measure for power, are abbreviated with the capital letter W. Power is also described as the current (I) in a circuit times the voltage (E) across the circuit. Look at equation is a mathematical representation of this concept.
Inductance
Inductance is defined as the ability of a coil to store energy, induce a voltage in itself, and oppose changes in current flowing through it. The symbol used to indicate inductance in electrical formulas and equations is a capital L. The units of measurement are called henries. The unit henry is abbreviated by using the capital letter H.
Capacitance
Capacitance is defined as the ability to store an electric charge and is symbolized by the capital letter C. Capacitance (C), measured in farads, is equal to the amount of charge (Q) that can be stored in a device or capacitor divided by the voltage (E) applied across the device or capacitor plates when the charge was stored. Equation is the mathematical representation for capacitance
Sunday, August 23, 2009
Tuesday, August 4, 2009
KUASA SOLAR DI MALAYSIA
Malaysia sudah pun terlibat dalam teknologi ini sejak lebih dari 10 tahun. Pihak TNB menerusi agensinya, TNRD telah membuat kajian dan mencuba dibeberapa tempat seperti di Kuarters kakitangan dan komuniti luar bandar. Beberapa pakar dari universiti tempatan juga dalam masa yang sama membuat R&D masing-masing.
Solar panel biasanya merujuk kepada sistem solar water heater (seperti yang dipasang di bumbung-bumbung rumah). Solar module biasanya merujuk kepada sistem solar photovoltaic (PV). Ianya dipanggil module sebab sistem ini adalah modular (boleh dipasang mengikut kapasiti yang dikehendaki samada secara siri atau selari bergantung dengan konfigurasi sistem).
Secara purata hasil dari kajian R&D tempatan, Energy Yield adalah 1,200 kWh/kWpeak/year. Maksudnya, setiap 1 kWpeak solar PV akan menjana 1,200kWh tenaga elektrik setahun. Sekiranya anda menggunakan tenaga 400kWh/month (12 * 400 = 4800 kWh/year), maka kapasiti yang diperlukan ialah (4800/1200) = 4 kWp.
Solar panel sistem pula terdiri kepada 2 jenis, Storage sistem dan juga Grid Connected.
Storage system biasanya mempunyai bateri untuk menyimpan tenaga yang dijana pada waktu siang dan diguna pada waktu malam (juga sebahagian di siang hari). Sistem ini juga biasanya digabung dengan beberapa sumber tenaga seperti janakuasa diesel atau kincir angin atau kedua-dua sekali, yang mana juga dinamakan Solar Hibrid.
Sistem ini telahpun dipasang di beberapa komuniti pedalaman dan juga kini sedang dalam proses dipasang di sekolah-sekolah luar bandar di Sabah & Sarawak yang mana jauh dari grid bekalan elektrik. Pulau-pulau peranginan di Semenanjung Malaysia juga tidak ketinggalan seperti di Pulau Perhentian (Hibrid Solar+Diesel+ angin), Pulau kapas, etc.
Grid connected system pula merupakan sistem yang disambung secara selari dengan bekalan elektrik utiliti (TNB – utiliti company di Semenanjung, SESB – di Sabah dan SESCO – di Sarawak). Sistem ini tidak mempunyai sistem bateri untuk simpanan tenaga. Tenaga yang dijana (sebahagiannya diguna oleh premis itu sendiri) akan disalurkan (export) ke grid utiliti atau dalam erti kata lain, dijual ke grid. Diwaktu malam (atau waktu dimana penggunaan tenaga elektrik melebihi kapasiti yang dijana), tenaga elektrik ini akan dibeli semua (import) dari grid utiliti. Dalam erti kata lain, grid utiliti (TNB) merupakan ’sistem bateri untuk menyimpan lebihan tenaga’. Proses import-export ini berlaku secara automatik tanpa melibatkan sebarang sistem mekaniakal atau switch gear dan dirakam/rekod oleh sistem meter yang mempunyai kemudahan import-export feature.
Sistem grid connected ini telahpun dipasang dibeberapa buah rumah, sekolah dan pejabat kerajaan. TNB pula telah memasang sistem ini di beberapa premis TNB sejak lebih dari 10 tahun dulu sebagai kajian. Kerajaan Malaysia dengan kerjasama UNDP-GEF (Global Environment Facility) sedang bekerjasama untuk memajukan industri ini menerusi projek Malaysia Building Integrated Photo-Voltaic (MBIPV) yang diurus oleh Pusat Tenaga Malaysia (PTM) di Bangi. Projek ini dianggotai oleh pakar tempatan dan luar negara yang diketuai oleh pakar dari TNRD. Salah satu matlamatnya ialah untuk mengurangkan harga pemasangan teknologi PV menerusi insentif-insentif khas termasuk technology transfer. Mereka-mereka yang ingin menyertai program ini (Suria 1000 programme) atau BIPV demo programme, bolehlah menghubungi PTM. Maklumat projek dan aktiviti ada di sini atau sini. BIPV bermaksud sistem solar PV ini diintegrasi dengan sistem struktur bangunan. Contohnya, module PV tersebut menjadi sebahagian dari bumbung bangunan (atau di negara beriklim sejuk, sistem ini diintegrasi dengan bumbung dan juga dinding bangunan).
Untuk makluman, sistem ini telah dipasang di;
a) Bangunan Pusat Tenaga Malaysia PTM ZEO (Towards Zero Energy Office building) di Bangi (Maklumat lanjut di sini atau sini.)
b) Sekolah Menengah Sri Aman, Petaling Jaya.
c) Beberapa rumah di Presint 16, Putrajaya.
d) Bangunan HQ Putrajaya Perdana, Precint 16, Putrajaya
e) Beberapa rumah milik persendirian di sekitar Kuala Lumpur, Subang, Semenyih, Melaka, etc.
f) Bangunan Suruhanjaya Tenaga Malaysia Sustainable Building, Precint 2, Putrajaya (sedang dalam pembinaan)
g) Sedang dalam proses – pihak pemaju perumahan dan beberapa rumah persendirian (mungkin anda salah seorang yang berminat, boleh mencuba)
Mengenai harga sistem BIPV ini ianya bergantung dengan teknologi yang digunakan samada module Polycrystaline, Monocrystaline atau Amorphous (thin film). Secara umum, harga pemasangan sistem BIPV (lengkap dengan pemasangan termasuk inverter) adalah dalam RM23-25K / kWpeak. Harga ini menurun dari tahun ke tahun. Tahun lepas adalah RM 28K/kWp. Rules of thumb, jika anda ingin memasang 4 kWp BIPV, maka anggaran kosnya ialah RM23,000 X 4Kwp = RM92,000. Harganya mungkin lebih tinggi jika ianya dibuat tanpa merujuk kepada pakar BIPV atau MPIA (Persatuan Perusahaan Photovoltaic Malaysia). Di Malaysia, hasil dari kerjasama pihak kerajaan, universiti tempatan, TNB dan SIRIM, telah diwujudkan satu standard pemasangan sistem PV. Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan salinan dari SIRIM (Department of Standard).
Selain itu, kepada mereka-mereka yang berminat untuk menceburi bidang BIPV, bolehlah mengikuti kursus kompentasi anjuran Pusat Tenaga Malaysia-MBIPV projek di Bangi. Kursus ini meliputi latihan teori, praktikal dan ujian. Untuk pengetahuan, pihak PTM-MBIPV dan MPIA mendapat kelulusan/akreditasi dari badan antarabangsa untuk menganjur kursus tersebut. Maklumat lanjut di sini.
Untuk pengetahuan, terkini ada 2 syarikat international sedang dalam proses membuka kilang PV module di Malaysia. Satu di Kulim (First Solar) dan satu di Dengkil-Cyberjaya (3 minggu lepas ada iklan pengambilan pekerja dalam akhbar). Dikhabarkan terdapat satu lagi syarikat international dari US sedang berunding untuk masuk ke Malaysia. Kita berharap dengan adanya kemajuan dalam industri ini, maka kos pemasangan akan menurun menjadi viable. Sama sperti, industri telefon bimbit dahulu. Dulu cuma tokeh balak / org kaya / company sahaja yang mampu memiliki telefon mudah alih (sebesar tong gelen – ATUR) yang berharga berbelas ribu ringgit. Kini, harga telefon bimbit yang baru boleh serendah RM99. Itu belum lagi yang 2nd hand. Budak sekolah pun mampu beli.
Sumber: asetip / melayu-trade
Joint Management Body (JMB)
(dipetik dari blog badan pengurusan)
Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. PKNS sebagai pemaju akan menubuhkan JMB di Apartmen/Pangsapuri/Rumah Pangsa Kediaman Tuan/Puan.
SOALAN 1: Apakah Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
JAWAPAN 1: Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) ialah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.
SOALAN 2: Kenapa perlunya JMB?
JAWAPAN 2: Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan Pemaju untuk menubuhkannya sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.
SOALAN 3: Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
JAWAPAN 3: Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.
SOALAN 4: Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
JAWAPAN 4: Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Singking Fund.
SOALAN 5: Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
JAWAPAN 5: Ahli-ahli JMB atau dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMC) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC ialah Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.
SOALAN 6: Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
JAWAPAN 6: Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.
SOALAN 7: Bagaimana Ahli JMC dipilih?
JAWAPAN 7: Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.
SOALAN 8: Siapakah yang layak mengundi?
JAWAPAN 8: Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.
SOALAN 9: Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
JAWAPAH 9: Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.
SOALAN 10: Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
JAWAPAN 10: Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
SOALAN 11: Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
JAWAPAN 11: Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.
SOALAN 12: Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
JAWAPAN 12: Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.
SOALAN 13: Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?
JAWAPAN 13: Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.
SOALAN 14: Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?
JAWAPAN 14: Jika selepas 1 jam tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.